ISLAM AGAMAKU - “Pertama Kali Aku Bersujud”

43,263
0
Published 2024-02-13
ISLAM AGAMAKU - Perkongsian bersama En.Abdul Hadi bin Tanabalam /Vikneshvaran a/l Tanabalam (Sukarelawan Hidayah Center Foundation) yang akan membincangkan tajuk “Pertama Kali Aku Bersujud”. Boleh hantarkan soalan anda ke whatsapp konti 011 - 29 004 004 atau tinggalkan di ruangan komen di Facebook IKIMfm dan di Youtube live IKIM Media.

All Comments (21)
  • MashaAllah.. Perjalanan hidup seakan sama seperti saya, menghadapi pelbagai cabaran hidup. Mcm2 soalan-soalan wujud di minda..knp harus sembah itu ini.. mcm2 patung berhala nie? Saya diberikan Hidayah pada zaman persekolahan setelah mendengar sirah Nabi Nuh, Nabi Musa (sewaktu ada ceramah motivasi oleh ustaz). Saya jugak ikut belajar dan mendengar Fiqh, Tauhid, Sejarah, hadith-hadith , tafsiran Quran, surah-surah pendek dalam kelas ilmu pengetahuan Islam selama 3 tahun (tingkatan 1-3, tahun 1994-96). Saya ambil keputusan utk meninggalkan agama Buddhism. Syukur Alhamdulillah pada 12 Ogos 2002, saya masuk Islam di pusat dakwah Brunei. Perasaan waktu masuk Islam setelah mengucap dua kalimah syahadah , dada saya terus lapang dan lega hati. Perasaan seumpama saya sentiasa berada dalam kegelapan (seblm Islam) dan diberikan sedikit cahaya Nur untuk menuju keluar dari kegelapan. InshaAllah pada tahun ini, bulan Ramadhan, saya mengerjakan umrah kali pertama bersama suami saya. Semoga Allah SWT sentiasa merahmati saudara-saudari seagama Islam, berjuang untuk kejayaan dalam kehidupan kita sebagai umat Islam dan memberi semangat keislaman ke dalam jiwa kita semua. Aamiin Ya Rabbal Alamin 🤲
  • @hm24556
    Masya Allah❤.... Sedap suara lembut je, manis muka tenang je... Semoga kita semua bertemu di syurga Allah... Aminnn
  • Masya Allah.. bila hidayah Allah itu hadir, hati terus terpikat dengan keindahan Islam
  • @sumiahbuyong1169
    MasyaAllah,En.Abdul Hadi, tenangnya airmuka.Rupawan orangnya. Kita yang melihatnya turut merasa tenang. Alhamdulillah kerana telah diberi hidayah oleh Allah.Aamiin.
  • @snowmoon8050
    Alhamdulillah... hidayah itu milik Allah. Hamba Allah hanya blh menyampaikan kebenaran.
  • @lilimatahari4445
    Sy suka dengar cerita saudara baru, sbb hari2 iman lemah, bila dgr cerita saudara baru, sy jadi terharu dan kagum dgr cerita mereka...bersyukur sy dilahirkan islam wlpon stp hari byk buat salah
  • @ruhanaghani7816
    Sejak terjumpa secara x sengaja channel ini sya on 24 jam sehari sehingga kini. Dah Lima tahun. Latest new branding to IKIM FM. Datin Mona memang cantik selunak suara. First DJ sya lihat secara langsung physically. DJ Faiz, Lokman, Siti Rohani dll. Cuma DJ Noryahati Paradi x dengar lagi bila beberapa X on tukar shift mlm x tukar2 channel. IKIM FM Awesome👍👍👍
  • @roslanjalal82
    Wowww syabas Saudara Hadi..Subhanallah kamu mendapat hidayah sewaktu sekolah rendah..unbelieveble..powerrrrr 🎉🎉🎉🤲🤲🤲🙏✌️
  • @CikAliyaa
    teringat bestie masa sekolah menengah dulu, kat kelantan. 'mek kelate' bangsa India. Bijak, tegas, lantang, selalu lepak n study sama2. time subjek agama islam pun dia duduk je dlm kelas buat kerja sekolah. berpisah selepas SPM amik haluan masing2. harap2 hidayah sampai pada dia. sekarang dia dah jadi doktor, sy pulak jadi pharmacist. harap sgt boleh boleh jumpa awk jeevaa
  • @ecosher3684
    Paling penting Allah sayang dia sebab itulah dia lorongkan dia kejalan yang benar
  • semoga hadi trus diberi hidayah dan bimbingan dari Allah SWT sehingga ke jannah. sesungguhnya hidayah adalah milik Allah.
  • @salehachang8448
    Alhamdulillah,smoga lebih ramai org yg dpt hidayah Allah swt Aamiin..
  • @amnahahmad1012
    Alhamdulillah hadi hidayah buat mu .Allah cinta anda .semuga kita berjumpa di syurga Allah nanti.Aamiin
  • @idarosda8946
    Subhanallah.. alhamdulillah..Moga Allah murahkan rezeki, berikan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur dalam ketaatan dan dimudahkan urusan kehidupan dunia akhirat.Aamiin..
  • Inilah dinamakan berjaya dunia akhirat. Pintar dalam pelajaran, suci dalam pengabdian.Beruntung ibu dan bapanya. Mereka boleh lihat peribadi, boleh menilai betapa pilihannya adalah betul. Semoga mereka juga akan mendapat hidayah juga satu hari nanti.
  • @rahmat.firdaus
    Tak keluar kelas masa belajar pendidikan islam macam cerita ustaz farid ravi, tetapi ustaz lagi sadis family dia