Mengapa LTU (CSR) Mengambil Masa Lebih 12 Tahun Untuk Siap

171,488
0
Published 2023-08-15
Lingkaran Tengah Utama (CSR) atau LTU ialah jalan raya bebas tol merentas tengah-tengah Semenanjung .

Jalan raya ini akan menghubungkan Simpang Pelangai melalui Bentong, 60 km timur laut Kuala Lumpur ke Kota Bharu, ibu negeri Kelantan.

Selepas bahagian pertama LTU dibuka pada 2014, hanya sebahagian daripada LTU dibuka selepas 10 tahun pembinaan.

Apakah kesan pembinaan jalan raya bebas tol dan mengapa pembinaan LTU mengambil masa yang lebih lama daripada membina lebuhraya bertol?

RUJUKAN
ocw.utm.my/file.php/131/PDF/GEOMETRIC_DESIGN_OF_RO…

jkt.kpkt.gov.my/jkt/resources/user_30/2016_Jalan/g…

Patreon: www.patreon.com/fami_worldfacts
Wang Ihsan: www.buymeacoffee.com/fami

KATA KUNCI: Central Spine Road, Lingkaran Tengah Utama, CSR, Jalan KL - Kota Bharu, Bentong, Raub, Kuala Lipis, Pahang, Gua Musang, Kuala Krai, bebas tol

All Comments (21)
  • @abumahput5408
    Terima kasih kpd الله. Terima kasih kpd DSN yg banyak membina lebuh-raya tanpa tol rentas semenanjung ( 11) ,dan Sabah-Sarawak.
  • @ladam2356
    Ubah lah fikiran wahai anak bangsa,setiap perkara perlu kos dan upah sbginya,tiada salah kenakan tol walau serendah RM1 pon,1juta pengguna 1juta ringgit sikit byk dpt tampung kos jalan raya yg sama2 guna..sedikit sbyk dpt digunakan utk selenggara jalan dan lampu..kita dh hidup di zaman 2023 perlu seiring lh berubah..kerajaan persekutuan dan negeri berbincang lah sama2,kenakanlah cukai tkmengapa asalkan tidak terhimpit sesak ketika raya sbginya..fikir dari segala aspek,buka minda..tiada salahnya kenakan cukai untuk kegunaan ramai utk elak dari kerosakkan jalan dan lampu jalan sbginya disbbkan tiada bajet utk laksanakan..fikir lah dari seluruh aspek untuk kemudahan ramai.
  • @sukeribachik2853
    Syabas saudara berucap menggunakan Bahasa Melayu yang sempurna sepenuhnya. Ada sesetengah pengacara youtube berucap dalam Bahasa Melayu bercampur Bahasa Inggeris,pada hal istilah istilah Bahasa Melayu sudah cukup sempurna. Ada sesetengah pengacara youtube berucapa dalam Bahasa Pasar iaitu Bahasa di rumah atau Bahasa dengan rakan rakan,seperti "hai guys","ko rang","kita orang" dan lain lain Bahasa pergaulan harian tidak resmi. Saya menghargai dan ucap ribuan terima kasih kerana kerja usaha video murni ini. Saya asal dari Machang,Kelantan.
  • @andrisupriman7785
    Sebagai anak klate, patut buanglah sikap semua perkara nak free. Kualiti nok gred A, tapi kupid nok buat tubik pitih. Ambo setuju kalu CSR ni ado tol, utk bayar maintenance jgk tu. Tengok je lah, banyok jalan dah start rosak dan lambat utk start baiki sebab ianya FREE. Gini lah, kalu tak mampu atau kupid hangit, boleh ikut jale lamo.
  • @FusionDice
    Nicee akhirnya jumpa jugak org Malaysia buat video cerita pasal jalan2/pengangkutan awam kat Malaysia ni. Baru ade channel ala2 Jay Foreman kat Malaysia ni. Teruskan buat video content mcm ni bang, minat tengok video2 mcm ni 😁
  • @MrGerrard94
    Sebelum ni saya pernah terfikir juga kenapa CSR ni mengambil masa yang lama untuk disiapkan. Alhamdulillah, bro dah bagi penerangan yang baik sekali. Saya dapat ilmu baru bila bro cerita mengenai satu masa dahulu Pusat Ekonomi Pahang adalah di sebelah barat negeri Pahang. Saya tak sangka juga ada pembuat konten lokal yang sangat berkualiti dan ilmiah macam bro. Kita perlu lebih ramai lagi pembuat konten seperti bro. Masyarakat awam perlu dicerahkan dengan ilmu. Teruskan buat video bro! Saya dah subscribe pada channel bro ni 💯
  • @RezaRahmanMY
    Saya orang Johor, tapi kahwin dengan orang Kelantan. Semestinya dah beberapa kali merasai pengalaman 20 jam traffic jammed balik Kelantan time raya. Dulu masa tahun pertama kawin, balik malam raya pun clear gila jalan walaupun CSR belum dibuka sekitar tahun 2011. Pagi boleh solat Aidilfitri Sekarang, balik raya sehari sebelum raya, dah 2x balik raya, pagi solat raya masih dalam perjalanan Walaupun CSR dah dibuka sikit2. hahaha. Sabar je lah. Yelah pertambahan kenderaan semakin banyak. Bak kata ustaz Syamsul Debat, itu bukan jammed, itu menetap namanya. Beberapa kali jugak tertanya-tanya kenapa highway CSR ni lambat siap dari zaman baru kahwin sampai sekarang anak 5. Bila dengar penjelasan dari video ni, baru faham kenapa ia ambil masa untuk disiapkan. Terima kasih atas penjelasan. Lebuhraya CSR memang cantik permandangan.
  • @niktajuddin9546
    Saya telah menggunakan jalan CSR ini dari Karak ke Kuala Besut dua minggu yg lepas . Kualiti jalan dr Bentong sehingga Raub adalah baik tapi tidak sebaik LPT1 ( KL - Kuantan ). Jalan dari Merapoh ke Gua Musang masih dalam pembaikan. By pass Gua Musang mungkin memakan masa yg lebih lama . Pemandangan sepanjang CSR sangat cantik . Permandu kena berhati2 kerana tidak boleh speeding kerana setengah tempat jalan masih dua lanes . Kualiti R&R di Benta adalah below R&R LPT standard . Tapi makanan murah .Kebersihan perlu dipertingkatkan lagi . Saya rasa akhir tahun 2023 Bentong -Raub bypass boleh dibuka untuk permanduan yg lebih lancar. Kelantan &Terengganu adalah getaway to tourism pantai timur. Mohon Federal govt beri badget yang cukup untuk mempercepatan project ini.
  • @shimazaman3284
    Saya suka maklumat yg disampaikan. Lengkap berserta info sejarah, lakaran dan peta, sangat komprehensif. Tak macam sesetengah youtuber yang lebih nak glamour, sebutan 'R' yang pelat dan meluat sedangkan info penting diabaikan. Sila kekalkan cara ini walau ada org komen ke arah utk glamour bodoh. Saya pernah lalu jalan ini, ada beberapa susur keluar dan masuk semula sebab belum siap 100%. Memang menarik jalan ni tapi mentaliti pemandu2 betul2 mentaliti kelas 3. Rimas kita dibuatnya.
  • @xdal8469
    Boleh buat tol dengan kadar yang rendah...contohnya kenakan RM5 untuk sehala...boleh bina 5 tempat pungutan tol pada kadar RM1 setiap tempat pungutan...dapat juga membantu penyelenggaraan dan boleh mempercepatkan masa pembinaan...yang rakyat bantah adalah dikenakan kadar tol yang tinggi seperti kebiasaan...kalau tol mencecah RM80 sehala pasti ada bantahan kerana sangat terbeban bagi pengguna....
  • @Ivylin23
    Penyampaian yg ringkas dan bernas. Senang di fahami. Love your sense of humour 😅
  • @lebahdichannel2626
    Semuanya perlu ada kos untuk buat lebih baik..kalau tiada pihak yang menyelenggara,kemudahan akan lambat dibaik pulih kerana perlukan peruntukan membaiki.
  • @hattamimie
    Projek ikut fasa dan peringkat.... Mengikut faktor pengambilan tanah, kos pembinaan, aliran trafik semasa, faktor alam sekitar serta cuaca
  • @akmalakif2615
    Penerangan lengkap, ringkas dan tepat. Saya kat Melaka mengharapkan projek CSR nie dapat siap sepantas mungkin. Senang sikit nak melancong di Negeri Kelantan. Pernah pergi sekali sahaja sebab perjalanan yang agak jauh dan memenatkan kerana tiada lebuhraya dan jalan banyak rosak. Masa OTW pulang terus guna FT3 di Kelantan-Terengganu dan LPT 2/1 , walaupun jalan jauh tapi takdelah penat dan pening sangat. Maklumlah kereta lama. Hehehe.
  • @AsAs-ml6kh
    Simpang Pelangai minta minta sangat sambung ke simpang durian, simpang pertang, Bahau, Segamat, Keluang terus sampai selatan Johor Bahru. Berbentuk Y lagi menarik iaitu Bahau ke Plus highway toll plaza Jasin Melaka. Untuk lagi cepat memaju kawasan tengah. Bahau di sambungkan lagi ke Kuantan. Jadi Plus highway ada pilihan ke Kuantan dan Karak, Mempaga, Raub, Gua musang ke Kota Bharu.
  • @azahalibrahim6168
    Kenapalah kerajaan kelantan tak mahu lebuhraya bertol yg menambahkan pendapatan dan ada kewangan baik pulih jln rosak