Ucapan Anwar Ibrahim di Persidangan Cukai Kebangsaan (NTC) 2024 (22.7.2024)

3,984
0
Published 2024-07-22
Tatkala menyampaikan ucaptama di Persidangan Cukai Kebangsaan (NTC) 2024 hari ini, saya mengingatkan warga industri percukaian dan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) akan tanggunggjawab dalam memastikan ketelusan terwujud, selain ketegasan dan bersikap adil dalam mengurus cukai.

Faktanya, Malaysia mewarisi sistem penjanaan hasil yang secara relatif kecil dan rendah kepada saiz ekonomi negara.

Nisbah hasil cukai negara kita hanyalah pada sekitar 11% keluaran dalam negeri kasar (KDNK) ketimbang Vietnam yang berada pada 17% dan Singapura pada 13%.

Hasil cukai yang rendah ini mengekang serta menghadkan tahap perbelanjaan untuk berbelanja lebih tinggi dan seimbang untuk agenda pembangunan, menjamin kemaslahatan rakyat serta mengelak ketirisan.

Insya-Allah, Kerajaan MADANI akan lebih kuat bekerja bagi menjelmakan reformasi ekonomi dan fiskal demi negara dan rakyat.

All Comments (21)
  • @aya976
    TERBAIK PMX....ini baru PM wlaupun tak nak beban rakyat tapi tegas juga demi negara dan rakyat
  • Hrp income tax lebih berani memastikan 10 orang billionair malaysia membayar cukai dgn sempurna. PM telah memberi arahan dan income tax perlu tindakan segera . Hebat PM dlm mengulas keadaan ekonomi negara.Beliau begitu hebat dlm memimpin negara ini dan segera atasi kelemahan2 dlm agensi2 kerajaan dlm isu2 income tax dll. Sepatutnya ketua2 jabatan mesti berubah minda dan follow segera arahan 2 PM utk perbaiki negara ini.
  • Insya Allah...dgn nama Allah yg maha pengasih dan penyayang...permudahkan segala urusan dan berkatilah segala usaha perdana menteri dsai...dgn membawa negara malaysia ke mercu kejayaan.. negara maju kehidupan rakyat terjamin ...Aamiin..
  • Alhamdulillah...kagum bila DSAI jika berucap lahir dari dasar hati yang ikhlas serta diikuti dengan ketegasan..tetapi jika insan yang bermata lalat tetap hidu najis berbanding dengan Mata lebah yang sentiasa mencari madu yang berkhasiat in syaa Allaah aamiin
  • Insya-Allah anakanda yakin dan percaya kadar kutipan cukai tahun ini pasti 'menggunung' sebab sejak P. Ramlee buat cite tentang harta ismik ulam raja mewariskan harta kekayaan kepada anak2 nya sehingga dikuasai pak mertua sadiq sigaraga yang P. Ramlee istilahkan 'dah kena penyamun dengan penyangak' berjaya diperolehi semula melalui kebijaksanaan Abdul Wahub cukup mengesan terhadap 'hasil' seni karya seniman Agung. Bahkan tukang penasihat 25 persen pun kena lelong skali. Watak Sulaiman Akhlaken (mungkin merujuk berakhlak dan amanah) juga memberi seribu satu persoalan yang menganjak kepada pemikiran luar biasa seniman Agung P. Ramlee. Sudah tentu pengajaran dari cite 3 Abdul menjadi inspirasi buat ayahanda DSAI untuk mengangkat martabat dan darjat insan melalui adab dan nilai murni bagi menambah hasil negara melalui kebijaksanaan luar biasa dan ini memerlukan 'karamah' AuliyaulLah Ameerul Mukminin Mujadid dan Murabbi abad ini untuk memperbetulkan kembali kelompongan yang ada. Teruskan perjuangan ayahanda DSAI kerana ayahanda DSAI insan pilihan Allah anugerah terindah buat rakyat Malaysia. ❤ PMX pemimpin hebat dan bijaksana mentadbir negara❤. Ular yang menyusur bawah akar tidak hilang bisanya. Jika takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai. Lawan tetap lawan. Membujur lalu melintang patah. Jangan lupa singgah Perlis sambil minum teh tarik.😊
  • @CitraInsan
    Bila Kaduk Agama Naik Junjung maka Muncullah Adegan Keldai Membawa Bencana Malapetaka Jenayah Tunggang Agama Dan Tunggang Bangsa Seagama.
  • @DrNick8002
    Datuk Seri, harap dapat lihat balik nasib doktor-doktor pakar swasta yang jadi mangsa sewaktu kerajaan pimpinan DSNR dulu. Kami dikehendaki membubarkan syarikat sdn bhd yg dibentuk sebelum itu...dan dikategori sebagai individu dgn bisnes, namun terlalu banyak perbelanjaan bisnes tidak mendapat potongan bila submit borang cukai...hampir menyamai cukai individu. Harap ada sedikit pertimbangan
  • Best speech ever. Pm Anwar clear the air. Hope malaysia citizen knows what is happening to malaysia. Especially in malaysia debt. Salute to PM Anwar.
  • Bgos PM kali ni. Tegas, telus & detail pada setiap sektor.. Klu semua ikut arahan beliau, maka ekonomi Malaysia akan terus berkembang & kukuh..!
  • Berkait doa qunut nazilah yang mereka baca sedikitpun tidak mengesan bahkan anakanda bimbang musibah kembali semula kepada mereka. Doa x kena tempat dan tujuan pun salah. Dulu depa doa 'live' kehancuran mereka sendiri. Siap masuk telebesen 😂. Haru betoi puak2 ni siap doa semula.
  • @lray7000
    Teruskan usaha PMx untuk kurangkan jurang defisit fiskal negara. Rakyat meletakkan harapan tinggi pada kerajaan kini untuk perbetulkan segala kelemahan polisi kewangan terdahulu. Hanya dalam 2 tahun terdekat kita sudah boleh nampakkan kejayaan hasil daripada usaha pentadbiran yg mantap.
  • Ya Allah semoga dipermudahkan semua urusannya dan diberi petunjuk dan hidayah serta kekuatan fizikal dan mental kpd DSAI utk menerajui pemerintahan Malaysia Madani serta terbalikkan hati orang yang memusuhi menghina mencerca menfitnah mengeji beliau agar menyokong beliau serta diserahkan kpd Allah utk memberi balasan yang setimpal dan insaf lah sebelum meninggal dunia In Syaa Allah aamiin
  • @69Suzanna
    Reformasi Bangladesh di Singapura ♨️😅 Free Palestin negeri sembilan😢
  • @ajsharf5023
    LHDN tu kalau ikut penyakau satu lubuk duit yg kalau diambil ringan lubuk tu dikorek sehabisnya. InsyaAllah dgn ketegasan PMX kutipan hasil akan berjalan dgn penuh integriti. Buatlah yg terbaik pegawai2 hasil ya, selamatkan kantung negara dari disedut kering oleh penyakau2 besar dan kecil melalui talibarut2 mereka.